Friday, 30 December 2016

Aku bersyukur kerana DIA

Assalamualaikum. Hahahha cehhh acah acah sweet ni ashik post berduka lara je kan. Hahahah ni nak post nak buat ucapan hahah kemain lagi. Terima kasih nak ucap kepada MOHD RAIS bakal suami ku. Yang tak pernah jemu melayan aku menyediakan kesenangan untuk ku. Aku bersyukur sangat kadang kadang mula lah saitan menghasut aku supaya aku banyak complain itu ini tak cukup lah, taknak design tulah. Kadang kadang tu sampai aku boleh terfikir bestnya dapat suami macam orang tu dia bagi kereta mahal mahal . Dan aku beristigfar banyak banyak aku kena bersyukur. Dia bernama MOHD RAIS dah menyediakan rumah untuk aku lepas kami berkahwin kami stay sana, barang barang perabot dia yang belikan, design rumah pun dia yang buat sendiri,beli kan  aku juga kereta Myv. Aku bersyukur sangat.Tapi tulah aku tak dapat nak balas dengan tolong dia beli barang barang rumah sikit sikit aku mampu lah. Yelah nak kahwin lagi, banyak benda aku nak kena bayar, kadang kadang tu aku cukup kan juga lah duit tu nak tolong dia.

Bersyukur sangat, kadang kadang dia ada juga merunggut dekat aku duit dia banyak habis sebersalah aku dekat dia tu. Aku banyak kali nasihat dia sekarang nak kenduri banyak benda kita kena beli, tapi biasa lah lelaki ego nak juga habis kan duit untuk rumah tu. Betul juga cakap dia tu nanti lepas kahwin nth dapat ke tidak nak beli barang barang ni sebab dah banyak keluar duit dekat kenduri je. Apa apa pun Terima Kasih terima aku seadanya terima kasih menjadi suami ku terima kasih untuk segala-galanya.



Sekian.............

Thursday, 29 December 2016

Aku berDOA didalam hati

Assalamualaikum. Macam mana aku nak cakap ye .Tak tahu nak cerita nak describe tu. Tapi hati aku betul betul rasa sedih kasihan semua ada. Oklah, aku selalu dekat pejabat mostly yang datang abang abang despcth lah ambik cheque lah barang lah. Kadang biasa lah abang abang check check office apa rosak semua tu. Pada masa yang sama aku tahu diorang rasa malu kerja macam tu. Sebab apa sebab bila diorang nak minta apa apa ke kalau akk receptionist tak ada mesti cari aku punya. Tunduk je malu. Aku yang rasa kasihan dekat diorang ada handsome handsome aku rasa sama umur dengan aku juga tu. Tu pasal malu malu. Aku selalu kalau nampak orang yang macam ni aku selalu doa dalam hati semoga Allah S.W.T beri rezeki lebih dekat diorang ni. Aku nak juga tengok diorang ni kerja besar besar duk office semua. Bukan apa. Aku tengok dari air muka . Hailaaaa aku yang rasa nak nangis sebab diorang masih bersyukur ada kerja macam tu. Aku ni tak reti reti nak bersyukur. Heeeee.

Baru baru ni aku baru lepas check stock dekat kilang, then team aku abang techni aku berdua lah dengan dia nama dia MUHAMMAD HAZNIM nth aku lupa nama dia hahahah. Abang ni awal betul check stock aku lambat sikit lah ingt ada briefing ke kan. Rupanya dah ramai dekat bawah tu. hahah Then, aku pun check lah stock tanya dia apa lagi yang aku kena buat. Aku rasa dia malu malu pada masa sama nak ajak aku berborak hahah. Macam yang aku kata ,aku rasa ada border diantara kami. Cehhhhh hahahah maksud nya aku ni orang sale department dan aku merasa kan yang aku berjawatan tinggi dan dia rasa malu dengan aku. Apa nak dimalu kan awak tu kan techni. Lagi satu aku ni mana penah masuk kilang seumur hidup aku, aku tahu duk office je hahahah machine besar besar, biasa lah culture shock jakun hahah aku tahu pada masa yang sama dia duk intai intai tengok aku sambil dia kira stock wahahah time tu aku tengah berfikir macam ni diorang kerja rupanya aku rasa seronok dan berdoa dalam hati semoga diorang dimurahkan rezeki. Yelah aku duk office beraircond apa semua, diorang berpanas dengan habuk habuk. Kesian kau tahu.
Hhahah tapi time tu aku rasa abang tengah jaga adik. Adik tu aku lah yelah aku kene check satu kilang ni punya stock kau rasa mau aku tak takut kau tahu, dia lah duk jaga aku, duk suruh aku tunggu luar dia kira stock, hahah bukan aku buat kerja sangat aku duk ikut je dia pergi mana, cuma tea break dgn lunch je tak ikut. Hahahah Tapi tulah dia selalu panggil cik amira cik amira tak payah bercik cik lah haihhh bukan orang besar pun aku ni . Dia sepatutnya aku panggil tuan heheheh


Apa apa pun dalam hati aku tak pernah jemu penat doa kan orang macam ni, aku tahu bertapa susah nya nak cari kerja even kau ada dip dgree sekali pun. Takapalah asal kerja halal tak merompak.


Sekian................

Tuesday, 27 December 2016

Si penipu

Assalamualaikum, Ummm aku terkilan lagi dengan apa jadi dekat diri aku ni. Aku sekarang tengah berusaha mencari kerja lagi sekali. Ya Allah encik tunang je faham , aku rasa sedih sangat tak terkata, aku rasa ingin menangis semahu mahu nya. Aku tak tahu macam mana nak bagitahu mak aku sendiri, ini kan pula mak mertua aku .......Tak sampai hati nak cakp dengan mak mertua aku ni dah tak kerja, mesti risau tu. Apa apa pun, aku hanya berdoa berusaha mencari kerja sampai dapat. Takapalah yang tabur janji manis dengan aku tu takapa, bagi  dia hanya bercakap macam tu tak ada apa apa ingat aku lupa.Takapa aku tak pernah lupa. Aku geram sakit hati semua.........

Cuma aku betul betul akan terkilan kalau betul sebab aku dah kahwin dia cari lain, sebab aku orang melayu bos tak selesa. Dan jikalau orang yang ganti aku tu level SPM DIP  Aku terkilan sebab  bagi aku aku ada dgree aku memang boleh buat kerja ni, tapi yang aku pelik kenapa bos aku taknak bagi aku kerja? Sedangkan aku yang minta kerja tu, aku lah yang pergi cari kerja tu sendiri dekat orang lain. Kenapa dia nak cari orang lgi? Aku tak faham. Betul tak faham.Kalau betul sebab aku orang melayu yang ganti aku ni cina memang korang racist. Serius aku cakap. Kalau betul sebab aku punya holder dan tak sama dengan course aku kerja ni itu masalah bos aku sendiri. Sebab dia tak pernah nak ajar aku, tak pernah nak  bagi aku kerja. Salah aku ke tu? Semua orang tak tahu dah ada orang pengganti aku, aku sayang diorang. Serius selama aku bekerja ni company ni aku paling selesa dan sayang orang orang nya. Memang ada dua tiga orang  menyakitkan hati, tapi yang bagi motivate dekat aku tu lagi banyak. Tu buat aku sayang nak tinggal kan tempat ni. Apa apa pun, aku tak kan pernah lupa moment setiap aku bekerja dekat sini. Pada encik faizal ye , hari tu encik yang cakap dengan saya habis contract encik nak ambik saya kerja kan. Ni apa alasan encik tak ambik saya? Kalau saya tahu saya tak kerja sini ada tempat lain lagi saya dapat kerja. Tak apa tak apa tak apa . Hari ni hari kau takapa. Tak guna nak membalas aku tahu dan pasti Allah mesti beri padaku lagi baik dari apa yang aku miliki sekarang.



P/s menaip sambil menangis meraung kau tahu......


Sekian.........

Monday, 26 December 2016

Bukan rezeki aku

Assalamualaikum, Ya Allah, aku sedih sangat sangat tersangat lah sedih. Apa yang aku harapkan semuanya tak ada. Aku tahu yang aku kerja sekarang contract, aku harap aku dapat jadi permenant, rupanya tidak. Awal awal lagi diorang dah cari orang baru. Tak apa Terima Kasih untuk segalanya. Yang aku terkilan tu, sebab HR tu janji manis dengan aku dia cakap mungkin dia nak ambik aku kerja, sekarang apa aku kerja pun takada, aku nak berumahtangga dah. Kerja tak ada, kalau aku tahu aku tak ambik kerja ni , ambik tempat lain je kerja, sebab ni lah dia berjanji dengan aku. Ya allah dugaan kau beri padaku. Murahkan rezeki aku ya allah. Aku sedih sangat sangat. Sedih sangat.



Sekian hati yang sedih dan berduka lara....................

Thursday, 15 December 2016

Susah nya kerja reception!!!!!!!

Assalamualaikum, susah sangat ke kerja tu? Nak Tanya lah susah sangat ye kerja receptionist tu? Memang tugas kau terima courier tu ye, memang tugas kau arrange barang barang hantar pos. Banyak ke kerja tu? Cehhh siap cakap dekat budak pos laju tu kalau akk tak ada tak berambik barang ni. Engko tak payah cakap macam tulah, kau tak datang 2 minggu ada je kitaorang ambik barang tu. Macam banyak kerja, kerja kau ashik tengok drama tak habis habis. Sebok tengok anak sedara kau berlakon tu kan. Ahahaha. Geram pulak aku. Memang aku tak puas hati sebab aku tak usik orang orang duk kutuk aku , cakap aku macam macam. Haram jadah betul lah. Aku sikit tak usik cakap nama engko. Engko kutuk aku kemain sampai satu kilang kau nak bagitahu. Euwwww. Dah tua tak elok ngumpat orang. Ingat kubur sikit. Aku sikit tak maaf kan orang macam ni.


Sekian...........

Dengki dengan kekayaan orang.

Assalamualaikum. Oklah apa yang aku cuba sampai kan dekat sini. Kenapa kita perlu ada rasa iri hati atau dengki dengan kekayaan orang? Aku tak nak cakap contoh tak payah jauh jauh cukup aku jadi contoh. Dari aku buat internship sampai ke hari ini ada je orang yang macam ni. Sebab lumrah leeyaa lumrah.

Nak tahu sebab apa, masa aku buat internship, aku ni tak kaya hidup sederhana macam orang lain, cume ayah aku memang orang besar kalau google nama dia keluar muka dia. Untuk orang yang dengki ni, kau ingat aku suka mak aku bawak kereta besar besar ni? Kau tahu tak dalam rumah tu hanya ada kereta tu je? Takkan nak pkai kereta adik aku pulak? Apa ingat dengan kereta besar aku kaya banyak duit lah? Tu semua duit mak bapak aku. Aku ni tak ada apa apa pun. Ingat aku suka ke? Setiap kali pergi kerja aku mesti suruh mak aku drop jauh jauh dari office supaya orang office jangan nampak aku. Aku ni dari pakaian dah puas nk nampak biasa. Sebab aku nak seiring dengan orang orang ni. Susah kau tahu. Susah untuk  nak menjadi orang yang biasa. Banyak kali aku diperli oleh orang orang internship aku dulu. Ada cakap aku ni mana nak naik kereta biasa biasa, makan pun mesti kat tempat mahal mahal. Dah kau tnya aku makan selalu kat mana kan. Aku jawap MENATE! Sebab situ bapak aku selalu bawak. Ingat aku orang Bandar tahu sangat ke makanan yang sedap dekat mana. Ishhh

Dah bekerja pun still sama persepsi orang pandang aku. Aku suruh mak aku drop aku jauh jauh hahahah orang lain dah balik baru aku balik, tak pun aku balik awal cepat cepat keluar hahahah Kau tahu tak ada satu hari tu aku gembira sangat sebab mak aku bawak kereta adik aku. Aku memang suka bila orang lain tengok aku low class. Sebab aku memang jenis orang tak menunjuk. Tapi tulah adik aku bising lah marah kenapa pakai kereta dia. Hahahah. Benda yang sama dekat office sini sama dengan aku intern. Mungkin sebab tu kot akk tu cemburu ke apa ke aku tak tahu lah , tu yang duk kutuk aku tu, aku tak kisah lah kau makcik neelopakkk kepak kebomm kebomm ke apa ke. I don’t care aku tak minat dengan diooooo tu hahah. 




Sekian…..

Si Penggadu yang kuat menggadu

Assalamualaikum, Siapa lah si penggadu tu ye? Hhaha. Ok macam ni lah dalam aku bekerja dan melihat environment bekerja ni kan. Aku rasa mencabar betul. Mana mana lah ada pro and cons company mana mana aku pergi. Ramai bangsa cina dan melayu pun sebegitu lah dia . Cuma yang aku tak faham tu kan, 3 orang sahaja melayu dekat company sekarang aku bekerja itu pun boleh kutuk mengutuk. Ok aku ni rasa macam ehhhh dah tua2 pun nak kutuk kutuk budak budak macam aku ke? Alah tak payah nak pelik lah leeyaa oii kalau bos kau sorang tu melayu dia duk kutuk kutuk canang sana sini dekat orang orang production cakap perangai bos kau tu macam tu macam ni, tak mustahil dengan kau kau sekali dia kutuk leeyaa. I dont care lah. Sikit pun tak luak nak kutuk aku. Awak tu dah tua, sebaya mak aku. 

Hurmmmm memang lah awak dah lama bekerja sini. Tak guna solat 5 waktu duk mengumpat orang. Lagi satu , kau mengupat orang mengadu dekat orang yang salah. Kau ingat cina tu kisah, dia lagi nak laga laga kan kau. 

Apa apa pun, aku malas nak percaya dekat siapa siapa, dalam bekerja ni tak perlu percaya dekat orang. Aku tak pernah kutuk kaum aku sendiri dalam aku bekerja ni, sebab aku fikir 3 orang je dalam company, for what? Kau dah habis bahan dah ke? Sudah sudah lah tu, kuat menggadu pun eye aku tengok, sikit sikit mengadu dekat orang orang production. Nth nth orang production tu pun malas nak layan engko hahahhaha Cehhhh Tak luak pun kalau diorang tak suka aku pun. Aku pun memang tak rapat dengan diorang tu. Lagi pun aku pun jarang duk bercakap dengan siapa siapa lah, sebab apa? sebab ni lah ni kau terlebih cakap kang ada je tu fikir nak duk kutuk kita nanti. Malas kalau duk ajak aku pergi lunch ke apa ke. Bukan aku sombong, sebab aku taknak jadi macam ni lah. APAHAL WEYHH? Aku ada buat salah ke?? Aku rasa selama aku bekerja , aku duk depan PC tak berborak borak pun buat hal sendiri. Apa ni apa ni?? -_- Lagi satu aku duk fikir orang tua kot sebaya mak aku. Macam kau kutuk anak kau sendiri . What ever lah, aku nak jaga diri aku je, habis kerja aku balik, masuk kerja buat kerja. 


Sekian............